rtconline

Laman Rasmi Tan Sri Rahim Tamby Chik

Tubuh unit pemantau pencapaian bumiputera

Penulis difahamkan beberapa garis panduan baru yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan memberi anjakan positif kepada daya saing negara lantas membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih baik dan cepat. Pengumuman tentang kenaikan had pegangan saham asing di dalam syarikat broker saham yang akan dinaikkan daripada 49 peratus kepada 70 peratus jelas menampakkan […]

Dilema Ekonomi Melayu

Hari ini orang Melayu juga mengalami dilema ekonomi. Walaupun mulai 1970-an kerajaan telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB), dan kemudiannya Dasar Pembangunan Nasional (DPN), ekonomi orang Melayu masih tercorot dan amat ketinggalan.
Malangnya, segolongan bukan Melayu asyik mengecam dan mengkritik kerajaan, kononnya kerajaan tidak bersikap adil bila memberikan keistimewaan kepada orang Melayu dan Bumiputera. Ada segolongan […]

Amal budaya saling menolong

Sumber : Utusan Online

KANGAR 24 Mei - Peniaga Melayu digesa mempraktikkan budaya tolong menolong dalam menjalankan perniagaan seperti yang diamalkan oleh peniaga Cina bagi memastikan kejayaan mereka dapat diteruskan.
Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, budaya itu merupakan satu perkongsian bijak untuk membolehkan peniaga Melayu berkongsi keuntungan secara berpanjangan.
Katanya, […]

Liberalisasi Beri Fleksibiliti

SEPERTI yang kita sedia maklum, selain lonjakan harga minyak mentah dunia, kegawatan ekonomi ketika ini juga berpunca daripada keruntuhan institusi perbankan antarabangsa.Ia disebabkan keghairahan institusi perbankan meluluskan pinjaman tidak berkredibiliti yang mencetus kepada kesan subprima. Keruntuhan institusi perbankan itu menjejaskan perniagaan terutamanya di kalangan industri kecil dan sederhana (IKS) yang menjadi nadi utama kepada penjanaan […]

Pertahan Perkara 153

Perkembangan politik negara selepas pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 menyaksikan pelbagai perkara yang sepatutnya tidak menjadi pertikaian kini mula dipersoalkan. Satu demi satu perkara yang berkaitan dengan orang Melayu dan umat Islam terus menjadi sasaran pihak tertentu terutama parti pembangkang dalam usaha kononnya untuk mewujudkan kesamarataan antara kaum di negara ini.
Akibatnya, apa yang termaktub dalam […]

Ancaman Buta Sejarah

Demi hasrat ingin memulihkan keyakinan rakyat yang diwakili, hampir semua 13 parti komponen Barisan Nasional (BN) cuba mengambil langkah dengan mengetengahkan pelbagai isu tanpa mempedulikan sensitiviti kaum lain. Menurut pandangan mereka, soal sensiviti kaum tidak lagi terpakai kerana pada pandangan pemimpin Gerakan dan MCA, rakyat negara ini sudah bersedia untuk masuk ke era baru demokrasi.
Selepas […]

Kolej RISDA - Institusi Pertanian Bogor bekerjasama

JAKARTA 25 Nov. - Kolej Risda di Melaka dan Institut Pertanian Bogor (IPB) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk melaksanakan program kerjasama di bidang akademik, semalam.
Program itu antara lain akan memberi peluang kepada pelajar Kolej Risda melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah.
Pada peringkat awal, Kolej Risda mengenal pasti dua program peringkat diploma, iaitu Teknologi dan Pengurusan Ternakan […]

Yakin lepasi kuota

TAIPING 27 Nov. - Pengerusi Risda, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yakin mempunyai harapan untuk melepasi kuota kelayakan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan Mac depan.
”Mudah-mudahan. Saya harap mendapat empat lagi pencalonan dari lima bahagian yang ditangguhkan persidangan.
”Setakat ini saya mendapat 16 pencalonan dan saya yakin memperoleh pencalonan untuk melepasi kuota kelayakan itu,”

Monopoli punca Melayu gagal

KOTA KINABALU 29 Nov. - Monopoli berterusan syarikat-syarikat besar bumiputera terhadap projek-projek mega didakwa menjadi punca utama kegagalan pencapaian 30 peratus ekuiti bumiputera di negara ini.
Pengerusi Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (gambar) berkata, sikap tamak dan mementingkan diri itu mengakibatkan kadar pencapaian ekuiti bumiputera kini hanya 18.9 peratus.

RISDA bantu pekebun kecil tangani kejatuhan harga getah, sawit

KAMPUNG GAJAH 1 Dis. - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) sedang mengambil pelbagai langkah dalam usaha membantu pekebun kecil di negara ini yang menghadapi kejatuhan harga getah dan kelapa sawit di pasaran.
Pengerusi Risda, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, langkah yang diambil adalah seperti pembabitan Risda secara langsung dalam pengedaran baja […]

« Pos Sebelumnya