rtconline

Laman Rasmi Tan Sri Rahim Tamby Chik

Kecewa Perak batal projek Risda

PADANG RENGAS 30 OGOS – Bagi pihak RISDA, saya amat kesal dengan tindakan kerajaan Negeri Perak yang menolak permohonan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk melaksanakan projek agropolitan di Air Ganda, Gerik.
Bagi saya projek yang membabitkan kawasan seluas 1,216.4 hektar itu bertujuan membantu kira-kira 400 golongan miskin tegar menjalani kehidupan di penempatan baru yang […]

Janji dan Pertemuan

Selepas majlis penyampaian Dividen TSK di Sek Kebangsaan Tok Bok di Machang, saya dan rombongan perlu bergegas ke Pasir Puteh, ke Kampong Permatang Sungkai bagi lawatan ke bengkel membuat kek dan biskut Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK).
Sampai sahaja di Pekan Pasir Puteh, kami dan rombongan singgah untuk solat zohor di Masjid Selinsing. Memandangkan ketika itu […]

Taklimat Risda Kelantan

Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan perancangan dan perjalanan Risda Negeri Kelantan dalam usaha berterusan memberi khidmat terbaik kepada pekebun-pekebun kecil getah dan kelapa sawit di Negeri Kelantan selaras dengan matlamat penubuhan Risda.

Produk pekebun kecil perlu keperingkat antarabangsa

PASIR PUTEH,KELANTAN – Sudah tiba masanya produk keluaran Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil Risda (PWPK) diangkat keperingkat antarabangsa agar dapat meningkatkan lagi permintaan dan pendapatan PWPK Risda seluruh negara.
Jika dilihat dari kualiti dan keupayaan pengeluaran tidak ada sebab hasil keluaran PWPK tidak boleh mencapai piawaian antarabangsa. Cuma, Risda perlu memberi sedikit penekanan dari segi pembungkusan serta […]

Risda agen membasmi kemiskinan

MACHANG, KELANTAN - Membasmi kemiskinan di negara ini sudah menjadi agenda negara tanpa mengira bangsa dan agama. Hanya dengan membasmi kemiskinan hingga ke akar umbi barulah sebuah masyarakat yang adil dan saksama dapat dilahirkan.
Bagi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini sejak dari merdeka, Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan pendekatan terbaik untuk mengatasi kemiskinan […]

Tun Khalil tetamu Golf Piala Pengerusi Espek 08

MELAKA – Tuan Yang Terutama Tun Dato Seri Utama Mohd Khalil Yaakob, Yang DiPertua Negeri Melaka menjadi tetamu istimewa Kejohanan Golf Piala Pengerusi Espek 08. Kejohanan yang dianjurkan melalui Kelab Sukan dan Kebajikan Espek Ibu Pejabat telah diadakan di A Famosa Golf & Country Resort dengan penyertaan seramai 228 peserta.
Menurut Pengerusi Espek Tan Sri Abdu […]

Risda sedia biasiswa untuk anak Pekebun Kecil

Salam untuk semua pembaca. Hari Isnin baru ini saya berada di Melaka bagi merasmikan majlis pendaftaran 400 pelajar baru dan minggu silaturrahim Kolej Risda di Paya Pa’abas.
Bagi saya, Risda bukan sahaja sebuah agensi yang bertanggongjawab terhadap pekebun kecil di seluruh negara malah Risda sedar bahawa pendidikan anak-anak pekebun kecil harus diberi keutamaan agar masa depan […]

Risda bercadang ke Sabah

KUALA TERENGGANU, 22 Jun 2008 – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bercadang bekerjasama dengan kerajaan negeri Sabah bagi menubuhkan pejabatnya di negeri berkenaan untuk membangunkan industri getah.
RISDA perlu mendapatkan persetujuan daripada kerajaan negeri Sabah sekiranya mereka berminat untuk berbuat demikian.

Saya akan berada di Terangganu

Salam bahagia pembaca sekelianHari ini (Sabtu 21 Jun 2008) saya akan berada di Kuala Terangganu bagi menghadiri perjumpaan dengan Pembantu Masyarakat Pekebun Kecil (PMPK) dan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Pekebun Kecil Daerah, Negeri Terangganu. 
Setelah diberi kepercayaan sebagai Pengerusi Risda saya perlu mengadakan pertemuan dengan semua peringkat pimpinan bagi mendapat maklum balas dalam merancang dan merangka […]

Risda setuju lupus hutang lapuk Pekebun Kecil berjumlah RM140 juta

Salam hormat pembaca sekelian dan khususnya pekebun kecil dan ahli keluarga mereka.
Hari ini merupakan khabar gembira kepada tuan-tuan dan puan-puan sekelian kerana Risda bersetuju untuk melupuskan hutang lapuk kira-kira 25,000 pekebun kecil di seluruh negara berjumlah kira-kira  RM140 juta yang tertunggak sejak 1970.
Persetujuaan ini dicapai pada mesyuarat Pihak Berkuasa Risda, Mac lalu, bagi membantu pekebun […]