rtconline

Laman Rasmi Tan Sri Rahim Tamby Chik

Lebih baik debat terbuka untuk jawatan tertinggi UMNO

Salam bahagia untuk semua pembaca.
Menjelang pemilihan Umno bulan Disemberi ini saya merasakan adalah perlu untuk Umno memberi ruang terbuka kepada calon-calon yang menawarkan diri untuk semua jawatan diberi peluang untuk berhujah dan menjelaskan sebab dan kenapa mereka menawarkan diri.
Ianya boleh diadakan dalam bentuk debat terbuka walaupun tidak melalui siaran langsung di kaca tv. Ini penting […]

Debat Shabery - Anwar perlu dibatalkan

Salam untuk semua. Saya melihat debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenaikan harga minyak, perlu dibatalkan kerana ia tidak relevan dengan kehidupan semasa rakyat.
Apa yang rakyat dapat dari hasil debat tersebut melainkan memenuhi agenda peribadi pemimpin pembangkang. Kita semua tahu, medium tv dan […]

SAPP wajar di singkir dari Barisan Nasional

KUALA TERENGGANU, 22 JUN 2008 - Tindakan tegas perlu diambil ke atas Parti Maju Sabah (SAPP) termasuk menyingkirkan parti tersebut daripada Barisan Nasional. ini perlu kerana sesiapa sahaja yang menjadi komponen BN mestilah sedar dan insaf mengenai setiap peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ada antara parti komponen melampaui batas, maaka tindakan displin wajar diambil.
Jika tidak […]

Umno juga perjuang ekonomi Melayu

SHAH ALAM 9 Dis 2007 – Sejarah perjuangan Umno sejak penubuhan hingga kini jelas memperlihatkan bahawa perjuangan untuk memartabatkan ekonomi orang Melayu menjadi salah satu agenda penting. Ini terbukti dengan berbagai dasar dan perancangan yang dibawa oleh presiden dan perdana menteri sebelum ini hinggalah kepada Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Gabem sokong penuh wujud BPK

KUALA LUMPUR 10 Nov 2007. – Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) menyokong penuh cadangan mewujudkan Badan Pencegah Ketirisan (BPK) kerana ketirisan dalam projek yang diberikan kepada bumiputera menjadi punca utama kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata, masalah ketirisan juga menyebabkan penguasaan ekonomi orang Melayu merosot daripada 22 peratus kepada […]

126 terima sumbangan Aidilfitri

AIR KROH,MELAKA 6 OKT 2007 - Seramai 126 menerima sumbangan sempena Aidilfitri dari Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dalam majlis berbuka puasa yang diadakan disini hari ini. Dari jumlah tersebut seramai 111 terdiri dari anak yatim dari Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al-Haj Pantai Puteri, 5 ibu tunggal dan 10 terdiri dari […]

RMK9 bukan dokumen retorik

JOHOR BAHRU 9 April 2007 - Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) harus ditransformasi menjadi realiti dan bukan sekadar kertas dokumen retorik yang memberi harapan tinggi tetapi tidak boleh diisi.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata, untuk menterjemahkannya, barisan pemimpin UMNO perlu mempunyai komitmen, iltizam dan semangat patriotisme yang tinggi.

Usahawan gagal hayati aspirasi Melayu glokal di bidas

TEMERLOH 14 Mei 2007 - Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik membidas sikap usahawan Melayu yang gagal menghayati aspirasi kerajaan dalam membina masyarakat Melayu glokal dan terbilang.
Tegas beliau, amalan negatif usahawan Melayu yang mahu cepat kaya dengan menggadai projek kepada pihak lain menyebabkan berlaku banyak ketirisan yang menimbulkan pelbagai […]

Kukuhkan perpaduan dalam Umno - Rahim

JOHOR BAHRU 14 Mei 2007 - Perpaduan yang kukuh dalam UMNO perlu terus dipertingkat dari masa ke semasa supaya perjuangan generasi terdahulu bagi mengangkat maruah bangsa Melayu dapat dicapai sepenuhnya.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata, kekuatan dalam parti sebenarnya bermula dari peringkat akar umbi dengan setiap ahli UMNO perlu menghayati […]

Langkah patriotik Maybank harus dicontohi - Rahim

KUALA LUMPUR 11 Mei 2007 – Kepimpinan UMNO meminta Malayan Banking Bhd. (Maybank) mengekalkan keputusan asal mengenakan syarat pemilikan 50 peratus kepentingan bumiputera dalam firma-firma guaman yang mahu menjadi panel bank tersebut.
Mereka menyifatkan pendirian bank terbesar negara itu sebagai satu tindakan munasabah bagi memastikan wujud perkongsian adil antara bumiputera dan bukan bumiputera. Pengerusi Gagasan Badan […]

« Pos Sebelumnya