rtconline

Laman Rasmi Tan Sri Rahim Tamby Chik

Gabem bincang lonjak ekonomi bumiputera

KUALA LUMPUR: Bertemakan ‘Melonjak Ekonomi Bumiputera’, Konvensyen Ekonomi Bumiputera (KEB08) anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) yang akan berlangsung selama dua hari bermula hari ini memberi peluang kepada orang ramai membincangkan pendekatan baru dalam memperkasakan ekonomi Bumiputera.
Pengarah Konvensyen, Datuk Mohamed Dahan Abdul Latiff, berkata konvensyen itu juga bertujuan menyuntik semangat serta meningkatkan permuafakatan, di samping […]

Gabem perlu jadi perantara GLC,Bumiputera dan Kerajaan

KEBANYAKAN projek kerajaan masih disalurkan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan tidak diagihkan secara lebih berkesan kepada kumpulan sasaran terutama kontraktor kecil.
Penasihat Unit Perancang Ekonomi (EPU), Tan Sri Dr Kamal Salih, berkata keadaan itu adalah antara masalah utama dalam menjayakan usaha memupuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang diperkenalkan sebagai pendekatan baru dalam Rancangan […]

Lebih baik debat terbuka untuk jawatan tertinggi UMNO

Salam bahagia untuk semua pembaca.
Menjelang pemilihan Umno bulan Disemberi ini saya merasakan adalah perlu untuk Umno memberi ruang terbuka kepada calon-calon yang menawarkan diri untuk semua jawatan diberi peluang untuk berhujah dan menjelaskan sebab dan kenapa mereka menawarkan diri.
Ianya boleh diadakan dalam bentuk debat terbuka walaupun tidak melalui siaran langsung di kaca tv. Ini penting […]

Debat Shabery - Anwar perlu dibatalkan

Salam untuk semua. Saya melihat debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenaikan harga minyak, perlu dibatalkan kerana ia tidak relevan dengan kehidupan semasa rakyat.
Apa yang rakyat dapat dari hasil debat tersebut melainkan memenuhi agenda peribadi pemimpin pembangkang. Kita semua tahu, medium tv dan […]

Risda sedia biasiswa untuk anak Pekebun Kecil

Salam untuk semua pembaca. Hari Isnin baru ini saya berada di Melaka bagi merasmikan majlis pendaftaran 400 pelajar baru dan minggu silaturrahim Kolej Risda di Paya Pa’abas.
Bagi saya, Risda bukan sahaja sebuah agensi yang bertanggongjawab terhadap pekebun kecil di seluruh negara malah Risda sedar bahawa pendidikan anak-anak pekebun kecil harus diberi keutamaan agar masa depan […]

SAPP wajar di singkir dari Barisan Nasional

KUALA TERENGGANU, 22 JUN 2008 - Tindakan tegas perlu diambil ke atas Parti Maju Sabah (SAPP) termasuk menyingkirkan parti tersebut daripada Barisan Nasional. ini perlu kerana sesiapa sahaja yang menjadi komponen BN mestilah sedar dan insaf mengenai setiap peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ada antara parti komponen melampaui batas, maaka tindakan displin wajar diambil.
Jika tidak […]

Risda bercadang ke Sabah

KUALA TERENGGANU, 22 Jun 2008 – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bercadang bekerjasama dengan kerajaan negeri Sabah bagi menubuhkan pejabatnya di negeri berkenaan untuk membangunkan industri getah.
RISDA perlu mendapatkan persetujuan daripada kerajaan negeri Sabah sekiranya mereka berminat untuk berbuat demikian.

Sehari di Terengganu…

Sabtu, 21 Jun 2008 – Saya bersama rombongan yang terdiri dari pegawai Risda dan beberapa orang pegawai Gabem tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu kira-kira jam 9.45 pagi. Dari sana saya dan rombongan bertolak ke Ibu Pejabat Risda Negeri Terengganu bagi bertemu dengan pengurusan serta mendapat taklimat dari Risda Negeri.

Saya berpuas hati dengan […]

Saya akan berada di Terangganu

Salam bahagia pembaca sekelianHari ini (Sabtu 21 Jun 2008) saya akan berada di Kuala Terangganu bagi menghadiri perjumpaan dengan Pembantu Masyarakat Pekebun Kecil (PMPK) dan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Pekebun Kecil Daerah, Negeri Terangganu. 
Setelah diberi kepercayaan sebagai Pengerusi Risda saya perlu mengadakan pertemuan dengan semua peringkat pimpinan bagi mendapat maklum balas dalam merancang dan merangka […]

Gabem anjur Konvensyen Ekonomi Bumiputera 2008

Salam bahagia semua.
Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) akan menganjur Konvensyen Ekonomi Bumiputera 2008 (KEB08) pada 18 dan 19 Julai ini di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
KEB08 yang mengenengahkan tema Melonjakkan Ekonomi Bumiputera bertujuan melahir dan mencetuskan idea bernas dalam pembentukan resolusi bagi membangun serta meningkatkan ekoomi bumiputera.
Penyertaan adalah percuma dan borang […]

« Pos Sebelumnya  Berikutnya »