MELAKA 25 Jun - Nasib pekebun-pekebun kecil di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak akan lebih terbela menerusi hubungan kerjasama antara tiga agensi iaitu Felcra, Felda dan RISDA.
Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu tiga agensi itu mewujudkan kerjasama demi melaksanakan matlamat menjaga kepentingan dan masa depan pekebun-pekebun kecil.Menurut Rahim, usaha itu untuk membuktikan kerajaan bersungguh-sungguh melakukan apa sahaja demi membela orang kampung dan pekebun kecil serta mempertahankan kepentingan mereka.
“Perdana Menteri bersetuju supaya ketiga-tiga agensi ini yang bertanggungjawab menjaga kedudukan pekebun kecil dan masyarakat, menerokai dan berbincang tentang kemungkinan kerjasama dapat diwujudkan,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Pekebun Getah Negeri Melaka Berhad (KOPKENEM) di Dewan Sri Lanang, pejabat Risda negeri di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Rahim berkata, kerjasama berkesan dan bersepadu yang akan diwujudkan adalah untuk menyelaraskan segala aktiviti, operasi dan tindakan.
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply