30 Jul
Posted by Rahim Tamby Chik as PENGERUSI RISDA
MELAKA – Tuan Yang Terutama Tun Dato Seri Utama Mohd Khalil Yaakob, Yang DiPertua Negeri Melaka menjadi tetamu istimewa Kejohanan Golf Piala Pengerusi Espek 08. Kejohanan yang dianjurkan melalui Kelab Sukan dan Kebajikan Espek Ibu Pejabat telah diadakan di A Famosa Golf & Country Resort dengan penyertaan seramai 228 peserta.
Menurut Pengerusi Espek Tan Sri Abdu Rahim Tamby Chik kejohanan tersebut diadakan dikalangan pegawai-pegawi Espek, Risda serta jemputan luar sebagai salah satu daripada pendekatan untuk merapatkan siratulrahim antara kakitangan.
Beliau yang juga Pengerusi Risda berkata, sukan golf mampu menjalin ikatan kemeseraan sesama pemain kerana corak permainannya tidak seperti sukan lain yang membentuk dua pasukan untuk bertanding. Sukan seperti itu lebih kepada menguji kekuatan untuk menang, tetapi sukan golf lebih kepada rekreasi dan ruang untuk menjalin kemesraan.
Tambahnya lagi,kehadiran TYT Tun Khalil adalah penyuntik semangat kepada peserta yang rata-rata adalah pegawai di Espek dan Risda.
Beliau yang turut mengambil bahagian melahirkan rasa puas hati terhadap penganjuran kejohanan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada peserta yang mengambil bahagian.
| S | M | T | W | T | F | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Sep | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
| 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
| 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
| 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
| 28 | 29 | 30 | 31 | |||


RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply