MACHANG, KELANTAN - Membasmi kemiskinan di negara ini sudah menjadi agenda negara tanpa mengira bangsa dan agama. Hanya dengan membasmi kemiskinan hingga ke akar umbi barulah sebuah masyarakat yang adil dan saksama dapat dilahirkan.
Bagi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini sejak dari merdeka, Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan pendekatan terbaik untuk mengatasi kemiskinan dikalangan masyarakat. Kemiskinan yang melampau dibenci Islam kerana ianya boleh melemahkan umat Islam malah ada yang bertukar akidah akibat kehimpitan kemiskinan.
Bagi BN berbagai agensi yang diwujudkan dengan matlamat yang satu untuk membasmi kemiskinan, sehingga hari ini usaha itu sudah membuktikan ianya berjaya mengeluarkan berbagai kelompok masyarakat dari kancah kemiskinan.
RISDA, salah sebuah agensi yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar komited bagi membasmi kemiskinan di kalangan pekebun kecil getah dan kelapa sawit di negara ini.
Oleh itu, saya menyeru kakitangan dan pegawai Risda agar mengambil tanggungjawab tugas seharian sebagai satu amanah bagi memastikan menjelang 2010 tidak ada lagi kemiskinan dikalangan keluarga dan pekebun kecil di negara ini.
Bertugas di Risda bukan sekadar ‘makan gaji’ sebaliknya ada amanah yang terpikul di bahu masing-masing dalam usaha melihat bangsa ini bebas dari himpitan kemiskinan. Jadi ada dua pahala bagi kakitangan Risda. Satu pahala kerana membantu sesama manusia dan pahala kedua dan yang paling besar dari Allah SWT kerana berjaya menghapuskan kemiskinan, terutama kemiskinan umat Islam di negara ini.
Oleh itu, saya mahu setiap kakitangan Risda berasa bangga bertugas di Risda dan ambillah tanggungjawab ini sebagai satu fardu kifayah.
Nota: Tan Sri Rahim Tamby Chik, Pengerusi Risda bercakap demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Dividen TSK Negeri Kelantan 2008 di Dewan Sekolah Kebangsaan Tok Bok Machang, Kelantan.
| S | M | T | W | T | F | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Sep | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
| 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
| 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
| 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
| 28 | 29 | 30 | 31 | |||


RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply