08 Sep
Posted by Rahim Tamby Chik as PENGERUSI RISDA
PASIR PUTEH,KELANTAN – Sudah tiba masanya produk keluaran Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil Risda (PWPK) diangkat keperingkat antarabangsa agar dapat meningkatkan lagi permintaan dan pendapatan PWPK Risda seluruh negara.
Jika dilihat dari kualiti dan keupayaan pengeluaran tidak ada sebab hasil keluaran PWPK tidak boleh mencapai piawaian antarabangsa. Cuma, Risda perlu memberi sedikit penekanan dari segi pembungkusan serta meneroka kaedah jualan melalui e dagang.
Saya melihat potensi ini terlalu luas untuk diteroka oleh Risda dengan mewujudkan laman khas melalui internet untuk memasar barangan keluaran PWPK ke seluruh negara.Berbagai jenis kuih-muih dan barangan kraf tangan yang dihasilkan oleh PWPK berpotensi untuk pasaran antarabangsa dan potensi ini tidak boleh dilepaskan oleh Risda.
Selaku Pengerusi Risda saya akan memastikan ruang dan peluang ini diteroka sepenuhnya oleh Risda.
Saya kagum dan bangga melihat perusahan projek kek dan biskut Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil Kg Permatang Sungkai, Pasir Puteh ini dan berharap usha ditingkatkan lagi bagi mempelbagaikan jenis produk keluaran disamping menjamin mutu dan kualiti keluaran.
| S | M | T | W | T | F | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Sep | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
| 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
| 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
| 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
| 28 | 29 | 30 | 31 | |||


RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply