Kerajaan perlu menguasai 100 peratus kepentingan dalam Padiberas Nasional Berhad (Bernas) atau menjadikannya syarikat milik kerajaan (GLC) bagi menjaga kepentingan negara dalam menghadapi krisis makanan sekarang.Saya melihat bila ada kepentingan 30 peratus saham dalam Bernas yang dimiliki oleh syarikat swasta dan negara luar dikhuatiri kepentingan ini boleh menguasai operasi syarikat pengeluar beras negara sehingga berlaku masalah kekurangan dan kenaikan harga beras sejak kebelakangan ini.
Walaupun ada penyertaan kerajaan dalam Bernas melalui agensinya tetapi bila sahamnya tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur ianya terbuka kepada mana-mana syarikat luar dan negara luar untuk memiliki sahamnya dan ini mungkin bertujuan untuk mengusai Bernas.
Adalah amat malang bagi Malaysia sekiranya komoditi yang strategik seperti beras ini, autoritinya terletak pada kuasa luar disebabkan terdapat pengapungan saham Bernas di BSKL. Dan sesiapa sahaja boleh menguasai kepentingannya termasuk oleh pihak luar yang bukan dari Malaysia.
Saya berharap kerajaan akan melihat perkara ini demi kepentingan komoditi utama negara.
One Response
padi
August 13th, 2008 at 2:17 pm
1Pendapat Datuk disokong,amatlah malang apabila satu komoditi strategik iaitu makanan ruji penduduk tidak di ambil berat oleh Kerajaan.Pengswastaan LPN adalah satu kesilapan besar.Sepatutnya kerajaan menguasai sepenuhya atau menjadikan BERNAS sebuah syarikat GLC dan berkuasa menentukan hala tuju industri padiberas negara.Akibat daripada pengswastaan ini kebanyakan Kilang bumiputera telah gulung tikar dan hakikat sebenarnya sekarang pengilang bukan bumiputera telah pun menguasai industri ini.
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply