PADANG RENGAS 30 OGOS – Bagi pihak RISDA, saya amat kesal dengan tindakan kerajaan Negeri Perak yang menolak permohonan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk melaksanakan projek agropolitan di Air Ganda, Gerik.
Bagi saya projek yang membabitkan kawasan seluas 1,216.4 hektar itu bertujuan membantu kira-kira 400 golongan miskin tegar menjalani kehidupan di penempatan baru yang terancang.
Kita telah membelanjakan kira-kira RM1 juta untuk kerja-kerja awal bagi memajukan projek itu yang membabitkan pembinaan rumah dan kemudahan asas bagi golongan tersebut.RISDA telah menerima surat pembatalan projek tersebut daripada kerajaan negeri pakatan pembangkang baru-baru ini tanpa memberikan sebarang alasan yang munasabah.
RISDA kesal dengan sikap kerajaan negeri Perak yang jelas meletakkan kepentingan politik berbanding kepentingan rakyat di negeri ini.
Semasa kerajaan Barisan Nasional dulu, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali telah meluluskan sebahagian projek pembinaan rumah di kawasan tersebut kepada RISDA.
Malah apa yang amat dikesali kerajaan negeri tidak menawarkan tanah di kawasan lain bagi memindahkan projek berkenaan.
Oleh itu, saya amat berharap kerajaan negeri tidak mempolitikkan projek pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan.
Malah saya berharap semua pemimpin sama ada daripada Barisan Nasional (BN) atau parti pembangkang supaya meletakkan kepentingan rakyat miskin yang ingin kita bela ini melebihi pertimbangan politik.
Bagi RISDA kita perjuangkan kepentingan orang ramai terutama pekebun kecil di negara ini.
| S | M | T | W | T | F | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Sep | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
| 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
| 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
| 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
| 28 | 29 | 30 | 31 | |||


RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply