img_1684.JPG

img_1683.JPG

Selepas majlis penyampaian Dividen TSK di Sek Kebangsaan Tok Bok di Machang, saya dan rombongan perlu bergegas ke Pasir Puteh, ke Kampong Permatang Sungkai bagi lawatan ke bengkel membuat kek dan biskut Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK).

Sampai sahaja di Pekan Pasir Puteh, kami dan rombongan singgah untuk solat zohor di Masjid Selinsing. Memandangkan ketika itu telah masuk waktu zohor dan bilal sedang mengalunkan azan saya dan rombongan bergegas untuk turut sama berjemaah dengan hadirin yang ada. Tidak sempat menegur sapa jemaah yang ada kerana masing-masing sudah bersedia untuk berjemaah.

Selesai solat, saya dan rombongan berehat seketika di tangga masjid bagi melepas penat sebelum bertolak ke Kampong Permatang Sungkai.

Ketika di tangga masjid saya disapa oleh rakan lama. Setelah memperkenal diri baru lah saya sedar kami sama-sama dalam pergerakan pemuda dahulu. Beliau kini seorang pesara guru tetapi masih kuat azam dan semangatnya untuk melihat perjuangan orang Melayu diperkasa dan dipertingkatkan.

Beliau sempat berpesan kepada saya agar jangan mudah lemah semangat dan tidak patah hati dalam meneruskan sisi-sisa perjuangan bangsa ini. Meskipun saya terlupa namanya, saya tetap menganggap pertemuan di rumah Allah itu sebagai penyuntik semangat saya untuk meneruskan perjuangan samada dalam Umno, Gabem dan sebagai Pengerusi Risda.

Terima kasih cikgu….