Pada 2 dan 3 Ogos 2008 ini saya akan berada di Negeri Kelantan bagi Majlis Penya mpaian Dividen Peserta TSK Negeri Kelantan yang akan diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Tok Bok, Machang.

Pada sebelah petang saya akan mengadakan lawatan ke Ar-Rahnu KPK Kota Bharu dan kemudian ke PWPK Kg Cengal.

Pada sebelah malam merasmikan Kursus Refresher Pembantu Pertanian Risda di IPK Bukit Sireh, Kuala Krai.

Manakala pada 3 Ogos Taklimat dari Pengarah Risda Negeri Kelantan serta majlis perjumpaan bersama pegawai dan kakitangan Risda Negeri Kelantan di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu.

Pada sebelah petang satu majlis perjumpaan bersama ahli GABEM Negeri Kelantan akan diadakan.