23 Jun
Dihantar oleh: Rahim Tamby Chik | Kategori: Ahli Majlis Tertinggi
KUALA TERENGGANU, 22 JUN 2008 - Tindakan tegas perlu diambil ke atas Parti Maju Sabah (SAPP) termasuk menyingkirkan parti tersebut daripada Barisan Nasional. ini perlu kerana sesiapa sahaja yang menjadi komponen BN mestilah sedar dan insaf mengenai setiap peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ada antara parti komponen melampaui batas, maaka tindakan displin wajar diambil.
Jika tidak […]
KUALA TERENGGANU, 22 Jun 2008 – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bercadang bekerjasama dengan kerajaan negeri Sabah bagi menubuhkan pejabatnya di negeri berkenaan untuk membangunkan industri getah.
RISDA perlu mendapatkan persetujuan daripada kerajaan negeri Sabah sekiranya mereka berminat untuk berbuat demikian.
Sabtu, 21 Jun 2008 – Saya bersama rombongan yang terdiri dari pegawai Risda dan beberapa orang pegawai Gabem tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu kira-kira jam 9.45 pagi. Dari sana saya dan rombongan bertolak ke Ibu Pejabat Risda Negeri Terengganu bagi bertemu dengan pengurusan serta mendapat taklimat dari Risda Negeri.
Saya berpuas hati dengan […]
Salam bahagia pembaca sekelianHari ini (Sabtu 21 Jun 2008) saya akan berada di Kuala Terangganu bagi menghadiri perjumpaan dengan Pembantu Masyarakat Pekebun Kecil (PMPK) dan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Pekebun Kecil Daerah, Negeri Terangganu.
Setelah diberi kepercayaan sebagai Pengerusi Risda saya perlu mengadakan pertemuan dengan semua peringkat pimpinan bagi mendapat maklum balas dalam merancang dan merangka […]
18 Jun
Dihantar oleh: Rahim Tamby Chik | Kategori: Berita Gabem
Salam bahagia semua.
Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) akan menganjur Konvensyen Ekonomi Bumiputera 2008 (KEB08) pada 18 dan 19 Julai ini di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
KEB08 yang mengenengahkan tema Melonjakkan Ekonomi Bumiputera bertujuan melahir dan mencetuskan idea bernas dalam pembentukan resolusi bagi membangun serta meningkatkan ekoomi bumiputera.
Penyertaan adalah percuma dan borang […]
18 Jun
Dihantar oleh: Rahim Tamby Chik | Kategori: PENGERUSI RISDA
Salam hormat pembaca sekelian dan khususnya pekebun kecil dan ahli keluarga mereka.
Hari ini merupakan khabar gembira kepada tuan-tuan dan puan-puan sekelian kerana Risda bersetuju untuk melupuskan hutang lapuk kira-kira 25,000 pekebun kecil di seluruh negara berjumlah kira-kira RM140 juta yang tertunggak sejak 1970.
Persetujuaan ini dicapai pada mesyuarat Pihak Berkuasa Risda, Mac lalu, bagi membantu pekebun […]
14 Jun
Dihantar oleh: Rahim Tamby Chik | Kategori: PANDANGAN SAYA
Ampang, 13 Jun 2008 - Usahawan Melayu perlu menghayati agenda Melayu dalam usaha memperkukuh dan memperkasa ekonomi bangsa ke arah pemilikan 30 peratus ekuiti seperti yang digariskan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Pencapaian pemilikan ekuiti bangsa Melayu pada paras 18.9 peratus masih jauh daripada sasaran yang ditetapkan kerajaan. Dengan semua galakan dan insentif yang disediakan kerajaan, […]
09 Jun
Dihantar oleh: Rahim Tamby Chik | Kategori: JELAJAH GABEM
Golongan usahawan bumiputera perlu menanam nilai patriotisme yang tinggi bagi membolehkan agenda memperkasakan ekonomi bangsa dilaksanakan dengan lebih berkesan. Untuk membolehkan penguasaan ekonomi Melayu ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi, para usahawan bumiputera perlu bersatu padu dan saling membantu.
Dalam memperkasakan ekonomi bangsa, kita sebenarnya tiada pilihan lain selain meningkatkan permuafakatan dan perpaduan yang kukuh untuk mendapatkan […]
01 Jun
Dihantar oleh: Rahim Tamby Chik | Kategori: PANDANGAN SAYA
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diatas kepercayaan dan kesediaan beliau melantik saya sebagai pengerusi Rahim Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang baru bagi menggantikan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib.
Saya menerima surat perlantikan tersebut bertarikh 16 Mei lalu daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar […]