KUALA LUMPUR 23 Ogos 2007 – Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) hari ini mendedahkan ramai profesional Melayu mengadu kepada pertubuhan itu mereka sering menjadi mangsa diskriminasi dalam sektor swasta.
Pengerusinya, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, syarikat-syarikat swasta yang mendiskriminasi profesional Melayu banyak terlibat dalam bidang pembinaan, perakaunan dan juruukur.