rtconline

Laman Rasmi Tan Sri Rahim Tamby Chik

GLC - Penggerak agenda Melayu - Khairy

SEJAK kebelakangan ini, hal-hal mengenai syarikat milik kerajaan (GLC) begitu hangat diperbincangkan dalam media-media tempatan. Namun, apa yang menghairankan, publisiti muka hadapan tidak pula mengetengahkan kejayaan cemerlang mereka seperti keberkesanan transformasi, peningkatan keuntungan ataupun kejayaan GLC bertapak, mencari ruang dan merebut peluang di luar negara.

Gabem kagum usaha Koperasi Ukhwah Bhd

SHAH ALAM 11 Mac 2007– Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) bangga dengan usaha Koperasi Ukhwah Berhad yang menaja seramai 25 pelajar cemerlang untuk mengikuti lawatan sambil belajar ke Korea Selatan dan Vietnam melalui ‘Program ke Arah Melahirkan Bangsa Glokal.
Katanya, apa yang dilakukan oleh Koperasi Ukhwah ini merupakan menifestasi sebuah koperasi orang Melayu yang ingin dilahirkan […]

Perhebat bantu ekonomi melayu - Hishamuddin

KUALA LUMPUR 10 Mac 2007 – Pergerakan Pemuda UMNO mahu gerakan meningkatkan ekonomi orang Melayu diperhebatkan lagi kerana tempoh Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020 semakin dekat.
Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Pemuda khuatir jika perkara itu tidak diambil perhatian sewajarnya orang Melayu akan terus ketinggalan walaupun pada ketika itu Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah […]

Pemuda cadang tubuh syarikat bekal bahan binaan

Pergerakan Pemuda UMNO dan Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan sebuah syarikat yang membekalkan bahan-bahan binaan bagi mengelakkan masalah ketirisan kontrak.
Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, langkah itu perlu ekoran masalah ketirisan kontrak sering berlaku di kalangan kontraktor bumiputera di negara ini.

Pemuda tegur GLC - Khairy

KUALA LUMPUR 10 Mac 2007 – Pergerakan Pemuda UMNO terkilan dengan syarikat milik kerajaan (GLC) yang dilihat seperti tidak berminat memperjuangkan agenda ekonomi orang Melayu.
Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, keadaan itu jelas dibuktikan apabila tidak ada seorang pun di kalangan peneraju tertinggi GLC seperti Penerbangan Malaysia (MAS), Proton dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) hadir ke […]