rtconline

Laman Rasmi Tan Sri Rahim Tamby Chik

Rahim sampai sumbangan Aidilfitri untuk anak yatim

MELAKA, 15 Oktober 2006 - Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri untuk 65 orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim Fatimah Az-Zaharah,Bukit Katil dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di sini.
Di majlis tersebut Tan Sri Abdul Rahim yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berharap […]

Gabem mahu anjur Kongres Jihad Ekonomi

MELAKA 15 Oktober 2006 – Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) berhasrat menganjurkan Kongres Jihad Ekonomi tidak lama lagi bagi meningkatkan semangat perjuangan ekonomi di kalangan orang Melayu dan bumiputera di negara ini.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, kongres itu akan diadakan dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Gabem pastikan RMK9 capai matlamat

JOHOR BAHRU 12 Okt  2006 - Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) akan memastikan dasar ekonomi negara terutama Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) mencapai matlamat dan dimanfaatkan oleh setiap golongan termasuk mereka di peringkat akar umbi.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata, sehubungan itu, jawatankuasa peringkat negeri akan diwujudkan di semua negeri tahun depan bagi memenuhi […]

Dakwaan ASLI bersifat perkauman

PULAU PINANG 9 Okt 2006 - Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) menyifatkan kajian Institut Kajian Strategik dan Kepimpinan Asia (ASLI) yang mendakwa orang Melayu sudah menguasai 45 peratus ekonomi negara, didorong oleh cauvinisme kaum.
Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik menegaskan, kajian berkenaan jelas mengatasi sikap rasional dan institusi itu […]