16 Sep
Dihantar oleh: Rahim Tamby Chik | Kategori: Ahli Majlis Tertinggi
Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) yang ditubuhkan oleh Majlis Tertinggi UMNO akan memantau dan mengawasi sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2006 terutama perbahasan yang berkaitan dengan isu ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).
16 Sep
Dihantar oleh: Rahim Tamby Chik | Kategori: Ahli Majlis Tertinggi
Sebagai Ahli Majlis Tertinggi, saya melihat ucapan Presiden kali ini sesuatu yang amat mantap dan fokus. Sesuatu yang membanggkakan di mana Presiden telah menggariskan 12 gagasan yang merupakan satu pendekatan terbaik dalam membangunkan negara khususnya orang Melayu.
KEWUJUDAN Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan oleh Majlis Tertinggi UMNO merupakan langkah drastik dalam usaha merealisasikan apa yang diharapkan oleh seluruh umat Melayu di negara ini.
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor (DPMMNS) yang merupakan pertubuhan yang membantu usahawan Melayu dari pelbagai aspek termasuk pengetahuan serta latihan dan peluang perniagaan yang […]
16 Sep
Dihantar oleh: Rahim Tamby Chik | Kategori: Ahli Majlis Tertinggi
Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) mahu Tenaga Nasional Berhad (TNB) disiasat sekiranya terbukti syarikat itu meminggirkan usahawan bumiputera yang layak dapat kontrak.
Gabem mahu supaya satu siasatan dijalankan secara menyeluruh terutama berkaitan dengan panel pemilihan kontraktor serta garis panduan yang digunakan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berkenaan.
16 Sep
Dihantar oleh: Rahim Tamby Chik | Kategori: Berita Gabem
Gabem melihat penubuhan Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera mampu memacu `enjin’ ekonomi Bumiputera secara lebih berkesan sekali gus menjadikan mereka lebih kuat dan berdaya saing.
Suntikan modal sebanyak RM2 bilion melalui yayasan itu bukan sahaja mampu merancakkan kegiatan ekonomi Bumiputera secara terancang, malah berupaya meningkatkan pemilikan nilai kekayaan ekonomi negara oleh golongan itu pada masa depan.
03 Sep
Dihantar oleh: Rahim Tamby Chik | Kategori: Ahli Majlis Tertinggi
MELAKA 3 Sept 2006 - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik menyifatkan Bajet 2007 sebagai adil dan dapat meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Beliau berkata, pengagihan di bawah bajet ini turut melegakan hati banyak pihak seperti orang kampung, ahli perniagaan dan kakitangan awam yang berpendapatan rendah.