rtconline

Laman Rasmi Tan Sri Rahim Tamby Chik

Laman Terbaru Tan Sri Rahim Tamby Chik

Salam kepada semua pengunjung,

Adalah dimaklumkan bahawa Laman Rasmi Tan Sri Rahim Tamby Chik kini telah bertukar kepada www.myrtc.my . Harap Maklum.

Risda terus bela nasib pekebun kecil Manek Urai

KUALA LUMPUR 12 Julai - Nik Dee Nik Mat, 66, mampu menarik nafas lega dengan bantuan kewangan dan teknikal daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (risda) untuk membantu pekebun kecil getah sepertinya di Manek Urai.

Melalui projek tanaman semula, beliau kini menanam semula kebun getahnya seluas 2.4 hektar di Kampung Lata Pauh, Chuchoh Puteri, dengan tidak terbeban seperti sebelumnya.

“Masa harga getah naik dulu, pakcik pakai kuli. Lepas tu harga turun, susah. Lani (sekarang ni) dah stabil dalam RM2.60 sekilogram.

Oklah, mujur dengan bantuan tanaman semula dari RISDA boleh buat balik kebun,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Chuchoh Puteri.

Nik Dee adalah antara 3,400 pekebun kecil di Manek Urai yang mendapat manfaat daripada projek tanaman semula RISDA.

Melalui projek itu, mana-mana pekebun yang memiliki kebun getah yang tiada nilai ekonomi akan dibantu melalui projek tanaman semula bagi menanam pokok getah yang lebih berkualiti. Sepenuhnya »

Ekuiti bumiputera tak hilang

MINGGUAN: Bagaimanakah reaksi selepas pengumuman penubuhan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) dan pemansuhan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC)?

NOR MOHAMED: Kebanyakan reaksi yang diterima adalah positif. Tetapi ada juga yang tidak begitu faham tentang pemansuhan FIC. Secara asasnya, FIC yang diwujudkan sejak 36 tahun lalu mewajibkan pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti bumiputera bagi Tawaran Awal Permulaan (IPO). Pemansuhan itu membabitkan garis panduan berkaitan pembelian kepentingan ekuiti, penggabungan dan pengambilalihan.

Bagaimanapun, pemansuhan garis panduan itu tidak akan diganti dengan mana-mana garis panduan baru dan FIC tidak lagi memproses transaksi saham atau mengenakan sebarang syarat bagi transaksi tersebut.

Ketika ini mana-mana syarikat yang mahu disenaraikan perlu memenuhi syarat pegangan saham awam sebanyak 25 peratus, mengikut Peraturan Penyenaraian Bursa Malaysia dan syarat 30 peratus ekuiti bumiputera di bawah garis panduan FIC. Di bawah garis panduan baru itu, syarikat yang mahu membuat penyenaraian perlu menawarkan setengah daripada 25 peratus tebaran pegangan saham awal kepada pelabur bumiputera. Ini bermakna syarat ekuiti pelabur bumiputera telah dimasukkan bersama di dalam tebaran awam. Sungguhpun kita tidak nyatakan 30 peratus tentang IPO, tapi dalam syarat Suruhanjaya Sekuriti (SC) kadar 25 peratus perlu dikekalkan dan diberikan kepada umum termasuklah pelabur kecil.

Bagi menghadapi cabaran baru, garis panduan FIC yang diguna pakai pada 1974 kini dilihat tidak lagi relevan. Ia mewakili komponen utama strategi pertumbuhan dengan kesaksamaan. Hari ini, ia bukan lagi instrumen yang efektif untuk menyokong pertumbuhan dengan kesaksamaan itu. Sebagai contoh tahun 1970, ekuiti bumiputera hanya berjumlah 2.4 peratus. Ketika itu polisi sebegini merupakan sesuatu yang masih praktikal untuk menyediakan persaingan bagi pelaburan. Namun kini keadaan sangat jauh berbeza. Polisi pelaburan yang mewujudkan ketidakpastian kawalan dan tidak seiring dengan amalan antarabangsa, hanya akan menghalang potensi pertumbuhan negara.

Kerajaan sedar bahawa dengan pencapaian dan peningkatan kemampuan bumiputera hari ini, perlumbaan ke arah keseimbangan ekuiti memerlukan tumpuan terhadap kecekapan dan penyertaan ekonomi yang sebenar, dan tidak tertumpu kepada sekadar pemilikan sahaja. Kebanyakan dapat menerima penjelasan ini namun kita tetap akan meneruskan sesi penerangan dan pemahaman melalui beberapa siri seminar bagi memberi penjelasan yang meyakinkan. Mungkin wujud atau timbul tanggapan lain bahawa ini adalah satu relaxation kepada modul falsafah kita iaitu pertumbuhan dengan pengagihan khasnya dari agenda bumiputera. Sebenarnya ia akan tetap menjadi satu keutamaan. Kerajaan mempunyai skop yang lebih luas untuk membantu bumiputera jika mempunyai pertumbuhan yang tinggi. Sepenuhnya »

Tubuh unit pemantau pencapaian bumiputera

Penulis difahamkan beberapa garis panduan baru yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan memberi anjakan positif kepada daya saing negara lantas membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih baik dan cepat. Pengumuman tentang kenaikan had pegangan saham asing di dalam syarikat broker saham yang akan dinaikkan daripada 49 peratus kepada 70 peratus jelas menampakkan keberanian kerajaan untuk bersaing dalam perebutan pasaran modal dunia. Pegangan saham asing di dalam syarikat pengurusan unit amanah akan dinaikkan sama seperti kenaikan pada syarikat broker saham.

Secara logiknya, langkah-langkah ini sepatutnya mengembangkan lagi peluang pelaburan di negara dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta mengukuhkan keupayaan modal insan.

Pada pandangan saya, langkah membuka ruang ekonomi negara menjadi lebih berdaya saing bermakna syarika-syarikat tempatan harus bersedia meningkatkan keupayaan daya saing mereka agar tidak terpinggir di dalam gelanggang sendiri. Ini harus diberi perhatian serius terutama oleh syarikat kaum bumiputera kerana syarikat bukan bumiputera mungkin mempunyai keupayaan yang lebih tinggi untuk tetap berdaya saing. Sepenuhnya »

Handal Resources ke Papan Kedua menerusi Jejak Maju

Program bantu firma Bumiputera berpotensi di Bursa Malaysia

KIRA-kira 10 syarikat Bumiputera kini dalam proses untuk disenaraikan di Bursa Malaysia hasil daripada program Jejak Maju yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata Jejak Maju adalah program yang diwujudkan Kementerian kewangan sejak beberapa tahun lalu bagi menyediakan bantuan akhir kepada syarikat Bumiputera yang berhasrat menyenaraikan saham masing-masing di Bursa Malaysia. Sepenuhnya »

Felcra, Felda, RISDA perlu kerjasama

MELAKA 25 Jun - Nasib pekebun-pekebun kecil di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak akan lebih terbela menerusi hubungan kerjasama antara tiga agensi iaitu Felcra, Felda dan RISDA.

Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu tiga agensi itu mewujudkan kerjasama demi melaksanakan matlamat menjaga kepentingan dan masa depan pekebun-pekebun kecil. Sepenuhnya »

RISDA Mahu Lahirkan Usahawan Pekebun Kecil

KUALA KRAI, 29 Jun (Bernama) - Risda berhasrat melahirkan usahawan di kalangan penduduk yang tinggal di kawasan tanah rancangannya agar dapat mengubah kehidupan masa depan mereka sekaligus melonjakkan pembangunan ekonomi negara.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata seramai 3,240 masyarakat Risda di jajahan Kuala Krai perlu merebut peluang itu dengan mengadakan aktiviti yang boleh meningkatkan pendapatan mereka bagi menjana ekonomi negara.

“Melalui Risda, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyediakan peruntukan RM600,000 di kawasan Kuala Krai dan peruntukan itu adalah sebahagian daripada RM2.1 juta untuk seluruh negeri Kelantan yang mesti dihabiskan tahun ini,” katanya kepada pemberita ketika melancarkan kerja gotong royong membersih kawasan bersama warga Risda di Kampung Manjur, Manik Urai, dekat sini, hari ini.
Sepenuhnya »

Koperasi RISDA perlu agresif cari niaga

KUALA LUMPUR 23 Jun - Koperasi-koperasi pekebun kecil getah di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) digesa lebih agresif mendapatkan peluang perniagaan di luar agensi itu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ia perlu dilakukan secara lebih profesional dengan kepakaran yang ada.

“Koperasi juga tidak harus hanya mengamalkan budaya ’sub-kontrak’ bagi menjana keuntungan, sebaliknya harus terlibat secara langsung dalam pemasaran dan pemprosesan produk agar mereka lebih berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian mesyuarat agung Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Bhd. (Narsco) Ke-25 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Timbalan Menterinya, Datuk Hasan Malek.

Narsco adalah koperasi induk di bawah RISDA yang dianggotai 64 koperasi kecil peringkat daerah, negeri dan Pusat.

Mohd. Shafie berkata, walaupun telah 25 tahun ia diwujudkan, matlamatnya masih belum tercapai.

“Ada sebilangan koperasi di bawah Narsco hanya tertumpu kepada memberi kontrak am sahaja dan tidak terlibat dalam pemprosesan. Masih banyak sumber di luar RISDA yang berpotensi untuk dieksploitasi oleh semua koperasi,” katanya.

Katanya lagi, bidang koperasi kini merupakan antara agenda penting kerajaan bagi menjana kekuatan ekonomi rakyat.

Tambah beliau, apa yang diharapkan koperasi dan ahli-ahli bersedia mengubah minda dan sikap untuk melangkah jauh terutama mencari bidang baru yang boleh memberi pulangan lebih baik tanpa melupakan prinsip dan objektif asas gerakan koperasi.

Beliau berkata, semua anggota lembaga di dalam koperasi juga digesa bersikap lebih proaktif, inovatif dan dinamik dalam mempelbagaikan kegiatan perniagaan koperasi pada masa depan.

Dilema Ekonomi Melayu

Hari ini orang Melayu juga mengalami dilema ekonomi. Walaupun mulai 1970-an kerajaan telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB), dan kemudiannya Dasar Pembangunan Nasional (DPN), ekonomi orang Melayu masih tercorot dan amat ketinggalan.

Malangnya, segolongan bukan Melayu asyik mengecam dan mengkritik kerajaan, kononnya kerajaan tidak bersikap adil bila memberikan keistimewaan kepada orang Melayu dan Bumiputera. Ada segolongan bukan Melayu juga mendesak agar kuota pemilikan saham Melayu sebanyak 30 peratus dimansuhkan.

Segolongan bukan Melayu juga mendesak supaya kuota biasiswa untuk pelajar bukan Melayu mesti ditambah. Kata mereka, orang Melayu wajar berlumba-lumba dalam hal pendidikan dan ekonomi negara menerusi sistem meritokrasi, iaitu sistem siapa hebat dia yang dapat, sistem siapa yang kuat, dia dapat semuanya. Kalau sistem ini dilaksanakan, orang Melayu akan terpinggir dan akhirnya lesap daripada bumi tercinta ini.

Dalam hal ini, sekali lagi saya ulangi, suara-suara yang mengungkit-ungkit keistimewaan Melayu pada hari ini adalah suara orang yang sudah dapat betis, mahukan paha. Ini suara orang tamak dan haloba, tidak menghargai kedudukan orang Melayu dan Bumiputera yang mundur akibat penjajahan British. Kepada kelompok ini, fahamilah maksud perangkaan atau statistik di bawah. Sepenuhnya »

Amal budaya saling menolong

Sumber : Utusan Online

img_4893.JPG

KANGAR 24 Mei - Peniaga Melayu digesa mempraktikkan budaya tolong menolong dalam menjalankan perniagaan seperti yang diamalkan oleh peniaga Cina bagi memastikan kejayaan mereka dapat diteruskan.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, budaya itu merupakan satu perkongsian bijak untuk membolehkan peniaga Melayu berkongsi keuntungan secara berpanjangan.

Katanya, budaya sedemikian sebenarnya sudah menjadi amalan tradisi para peniaga Cina di negara ini sehingga mereka dapat menikmati kejayaan berganda.

“Peniaga Melayu wajar mencontohi kaum Tiong Hua di Malaysia. Mereka masih dengan tradisi membantu sesama sendiri dalam perniagaan.

“Apabila mendapati rakannya mengalami kejatuhan dalam perniagaan, mereka sama-sama membantu termasuk memberi bantuan modal sehingga rakannya tadi kembali cemerlang dalam perniagaan,” jelasnya. Sepenuhnya »

« Pos Sebelumnya